Wednesday, February 24, 2010

Pencetus Motivasi Diri

Setiap orang mempunyai pencetus motivasi diri yang tersendiri. Ada orang mempunyai beberapa pencetus motivasi diri, yang mana bagi sesuatu perkara pencetus motivasi itu berbeza dengan perkara yang lain. Contohnya, bagi seorang pelajar, dalam bab belajar bersungguh-sungguh beliau mengambil kesusahan keluarga sebagai pencetus motivasi untuk cemerlang dalam pelajaran. Manakala, dalam aktiviti kepimpinan di sekolah, beliau mengambil tokoh terkenal seperti Perdana Menteri sebagai idola yang sentiasa membakar semangat beliau untuk aktif dalam aktiviti kepimpinan di sekolah.

Pencetus motivasi pula boleh berubah mengikut masa. Kadang ada pencetus motivasi juga tidak lagi berkesan membakar semangat kita, maka ketika itu kita perlu mencari cetusan yang baru.

Apabila sesuatu matlamat kita tercapai, pencetus motivasi itu pula mungkin akan pergi, seterusnya diganti dengan pencetus motivasi baru bagi matlamat yang baru.

Pencetus motivasi diri mestilah yang genuine, yang original, yang real, yang lahir dari hati, bukan dari minda. Satu ujian untuk menguji samada sesebuah pencetus motivasi itu genuine atau tidak ialah dengan mencabar diri anda dengan mengatakan anda tipu atau membuang pencetus itu dari anda. Kalau anda tidak emotional, tidak menangis, tidak marah apabila dicabar, itu bermakna pencetus motivasi itu tidak genuine.

Maka, carilah pencetus motivasi diri anda dalam sebarang perkara yang anda lakukan. Sesungguhnya kita memerlukan motivasi dalam hidup, supaya kita akan berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat kita.

Di antara contoh pencetus motivasi diri ialah:
  1. Kesusahan keluarga mendorong seorang pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran
  2. Pesan arwah ibu atau bapa supaya belajar bersungguh-sunggup, menjadi anak soleh
  3. Mengkagumi seseorang yang telah berjaya, anda juga ingin berjaya
  4. Guru yang selalu membakar semangat anda
  5. Cita-cita untuk menjadi angkasawan ke-2 Malaysia, menjadi perdana menteri dsb.
  6. Kritikan kawan-kawan yang mengatakan anda tidak boleh melakukannya. Maka anda ingin membuktikan anda boleh.
  7. Belum pernah orang melalukannya, anda ingin menjadi yang pertama. Contohnya, ingin menjadi angkasawan Malaysia yang pertama, atau menjadi rakyat Malaysia pertama mendapat Nobel Prize 
Saya mengalu-alukan contoh-contoh real life pencetus motivasi dari pembaca sekalian. Mungkin kisah-kisah anda dapat memberi motivasi kepada pembaca yang lain. Sila klik 'comment' di bawah artikel ini untuk share kisah cetusan motivasi anda.

No comments:

Post a Comment